(^_^)**


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 22 Oktober 2013

Allah Yang Maha Arif... Allah Yang Maha Mengetahui...

Terasa suatu kepuasan apabila kita meluahkan butir bicara dengan mengarang dengan bahasa-bahasa indah... Bukti kebesaran Allah... DIA tidak putus-putus mengurniakan kepelbagaian idea kepada manusia.

Kita...
boleh lihat apabila seseorang manusia mencipta sesuatu...

MasyaAllah... hebatnya Allah yang mengurniakan kepandaian manusia dalam mencipta sesuatu...

Kenapa kita tidak bersyukur atas nikmat yang sedikit? Adakah kita tunggu nikmat yang banyak melimpah ruah baru kita mahu bersyukur sangat-sangat.

Ketahuilah... Allah itu Maha Arif ke atas diri setiap manusia di muka bumi. Jika kita rasa hanya sedikit itu sahaja nikmat yang Allah bagi... mungkin ketika itu kita sedang tidak bersyukur kepada Allah.

Maka...
bagaimanalah Allah mahu mengurniakan nikmat rezeki yang lagi banyak kepada kita?

Hanya disebabkan kesilapan kita....
yang tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat yang sedikit...

Allahuakhbar... Allah Maha Besar...
Allah Maha Arif...
Allah Maha Mengetahui...
Allah lah yang sebenar-benarnya tempat pengantungan harapan sepenuhnya....

Let Say... Alhamdulillah... Subhanallah... Allahuakhbar!!

Semoga Allah Redhai... Tabarakallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan