(^_^)**


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 16 April 2010

DOA SOLAT ISTIKHARAH..

Bismillahirahmanirrahim...


Yaa Allah....andai dia yang terbaik buatku demi duniaku dan akhiratku..maka KAU satukanlah dan tautkanlah hati-hati kami sehingga kepada perhubungan yang sah selama-lamanya bawa ke syurga...andai dia bukan yang terbaik buatku..demi duniaku dan akhiratku..maka KAU pudarkanlah hati-hati kami untuk saling menyayangi..pisahkanlah kami dengan cara yang baik..dan gantikanlah pasangan yang terbaik buat kami berdua...


Amin... Yaa Rab'alalamin...

Khamis, 15 April 2010

MOHON RAHMAT ALLAH

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami dari orang-orang yang rugi."

(Al-A'raf:23)

Selasa, 13 April 2010

Mohon bersama orang yang soleh

"Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru(Rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti."

Ali Imran:193

MOHON IMAN YANG SEMPURNA

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon Engkau tetapkan iman yang sempurna dan kurniakan kami sebenar-benar iman dan keyakinan lidah kami yang sentiasa menyebut namaMu dan jadikan hati kami khusyuk dan taubat kami sebenar-benar taubat yang diterima dan kami bertaubat sebelum mati dan kurniailah kami kelapangan ketika ajal maut dan kurniakanlah kami kemenangan dengan beroleh syurga dan dijauhkan dari neraka."

MOHON KETEGUHAN HATI DALAM IMAN

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpahkan pemberianNya"

Surah Al-Imran:8