(^_^)**


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 25 September 2025

Hari ini buat kraftangan.

Kamu suka menghasilkan sesuatu dengan hasil tangan mu.

Tidak menjadi kamu buka balik dan mulakan mengait kembali.

Begitulah yang selalu kamu lalui sepanjang mengait.

Tidak menjadi kamu mula balik dan buat sampai jadi.

Masyaallah cantiknya semangat yang KAU kurniakan buat pembuat kraftangan.

Itu salah satu contoh rezeki yang ALLAH kurniakan.

Bukan hanya  rezeki dalam bentuk duit semata.

Konsep rezeki itu amat meluas.

Namanya Hamba ALLAH perlu meyakini segala rezeki itu dari ALLAH.

Segala-galanya di langit dan di bumi itu daripada ALLAH.

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad.
Nota kaki: Sudah siap sebenarnya kopiah putih ini tapi longgar maka buka balik dan mula mengait kembali.

Sabtu, 16 Mac 2013

DOA SOLAT SUNAT DHUHA...

Ya ALLAH...

Sesungguhnya waktu Dhuha itu, DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya ALLAH...

Jika rezeki masih di langit turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
KecantikanMU KeindahanMU KekuatanMU KekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala...
Sebagaimana yang telah Engkau limpahkan...
Kepada hamba-hambaMU yang Soleh...

Aamiin............

P/s: Doa amalan selepas selesai Solat Dhuha...

^_^

Rabu, 2 Februari 2011

~DOA MOHON DIMURAHKAN REZEKI~

Ya Allah...


sekiranya rezeki kami berada di langit...
maka turunkanlah ia...
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia...
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah...
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh...
dekatkanlah ia...
jika ia sedikit, banyakkanlah ia...
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami...
mudahkanlah ia...
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami...
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu...
dengan rahmatMu...
wahai Yang Maha Pengasihi...
di antara yang pengasih..AMIN....Yaa ALLAH....


P/S: Selalulah amalkan doa ini setiap hari dalam solat dhuha.



Jumaat, 16 April 2010

DOA SOLAT ISTIKHARAH..

Bismillahirahmanirrahim...


Yaa Allah....andai dia yang terbaik buatku demi duniaku dan akhiratku..maka KAU satukanlah dan tautkanlah hati-hati kami sehingga kepada perhubungan yang sah selama-lamanya bawa ke syurga...andai dia bukan yang terbaik buatku..demi duniaku dan akhiratku..maka KAU pudarkanlah hati-hati kami untuk saling menyayangi..pisahkanlah kami dengan cara yang baik..dan gantikanlah pasangan yang terbaik buat kami berdua...


Amin... Yaa Rab'alalamin...

Khamis, 15 April 2010

MOHON RAHMAT ALLAH

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami dari orang-orang yang rugi."

(Al-A'raf:23)

Selasa, 13 April 2010

Mohon bersama orang yang soleh

"Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru(Rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti."

Ali Imran:193

MOHON IMAN YANG SEMPURNA

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon Engkau tetapkan iman yang sempurna dan kurniakan kami sebenar-benar iman dan keyakinan lidah kami yang sentiasa menyebut namaMu dan jadikan hati kami khusyuk dan taubat kami sebenar-benar taubat yang diterima dan kami bertaubat sebelum mati dan kurniailah kami kelapangan ketika ajal maut dan kurniakanlah kami kemenangan dengan beroleh syurga dan dijauhkan dari neraka."

MOHON KETEGUHAN HATI DALAM IMAN

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpahkan pemberianNya"

Surah Al-Imran:8